Sila log masuk terlebih dahulu.

10 tahun Ustaz Hanafiah santuni LGBT

19 Julai 2020 | Berita Semasa Video
A
A
A
10 tahun Ustaz Hanafiah santuni LGBT

BERITA SEMASA 19 JULAI 2020

SHAH ALAM - Pesuruhjaya Suruhanjaya Pakar Undang-undang Antarabangsa (ICJ), Datuk Ambiga Sreenavasan tidak sepatutnya mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri supaya tidak mencabul hak golongan transgender.

Pendakwah, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam menyantuni golongan LGBT turut mempersoalkan kelayakan Ambiga sehingga boleh memberi peringatan sedemikian kepada Zulkifli.

"Siapa Ambiga dan apa jawatannya untuk mengingatkan Zulkifli. Ambiga perlu ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat.

"Tindakan Zulkifli selaku menteri agama dan kakitangan agama adalah kerana takutkan ALLAH SWT daripada ancaman, ugutan dan peringatan Ambiga dan ICJ berkenaan isu transgender," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel penuh klik sini: https://bit.ly/32uij8x

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #JanganPutusAsaMalaysia