'Man' janji nak buka restoran

Seorang lelaki rugi RM19,800 selepas ditipu oleh seorang individu yang dikenali sebagai 'Man'.
Seorang lelaki rugi RM19,800 selepas ditipu oleh seorang individu yang dikenali sebagai 'Man'.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki kerugian RM19,800 selepas ditipu oleh seorang individu yang dikenali sebagai 'Man' konon untuk pelaburan bagi membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 34 tahun bersetuju untuk membuka restoran lalu menyerahkan wang permulaan sejumlah RM2,000 kepada 'rakan niaganya' itu.

"Mangsa kemudian memindahkan wang berjumlah RM2,300 kepada 'Man' pada Januari dan RM1,500 pada Februari lalu. Kemudian, dia membuat tiga kali transaksi berjumlah RM8,000 pada bulan April, Mei dan Jun lalu ke dalam dua akaun berbeza.

"Selepas membuat pemindahan wang, mangsa menemui suspek dan menyerahkan wang tunai RM6,000 pula kepadanya bagi tujuan sama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Mohd Wazir, pada 8 Julai lalu, mangsa pergi ke Kuala Lumpur untuk melihat operasi restorannya itu namun gagal menghubungi suspek sehingga hari ini.

Beliau berkata, mangsa terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh kerana bimbang jika maklumat yang diberikan kepada suspek akan disalahgunakan.

Katanya lagi, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menawarkan projek restoran tidak wujud. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel Berkaitan: