Tiada lagi kes positif Covid-19 di Negeri Sembilan

Kes terakhir dilaporkan di Negeri Sembilan pada 5 Julai dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini adalah sebanyak 1,027 kes.
Kes terakhir dilaporkan di Negeri Sembilan pada 5 Julai dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini adalah sebanyak 1,027 kes.
A
A
A

SEREMBAN - Tiada kes positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Negeri Sembilan dalam tempoh 14 hari lalu.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, kes terakhir dilaporkan pada 5 Julai dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini adalah sebanyak 1,027 kes.

"Daripada jumlah tersebut tiada kes sedang dirawat di wad menjadikan 1,019 kes telah sembuh.

"Kematian pula kekal lapan di mana yang terakhir pada 3 Mei lalu," katanya.

Beliau berkata, aktiviti pengesanan Covid-19 masih dijalankan di fasiliti kesihatan yang bertumpu kepada golongan berisiko seperti pengembara dari luar negara, kontak rapat kes positif dan golongan bergejala melalui survelan severe acute respiratory illness (SARI) dan influenza like illness (ILI).

Menurutnya, pengembara dari luar negara diingatkan supaya mematuhi arahan kuarantin di rumah atau Home Surveillanve Order (HSO) seperti yang diarahkan pihak berkuasa supaya tidak berlaku penularan jangkitan tempatan.

"Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas.

"Walaupun kes positif Covid-19 di Negeri Sembilan telah menunjukkan penurunan yang ketara, orang ramai dinasihatkan agar tidak leka dan terus kekal waspada. Pastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa," katanya.

Artikel Berkaitan: