KRT Pahang terima geran RM1.8 juta

Halimah menandatangani buku lawatan pada Majlis Semarak Perpaduan Perkasa Komuniti di Pusat Aktiviti Perpaduan Daerah Kuantan, Permatang Badak di sini malam tadi.
Halimah menandatangani buku lawatan pada Majlis Semarak Perpaduan Perkasa Komuniti di Pusat Aktiviti Perpaduan Daerah Kuantan, Permatang Badak di sini malam tadi.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang menerima geran daripada kerajaan Persekutuan bernilai RM1.8 juta bagi menyokong pelaksanaan pembangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini.

Menteri Perpaduan Negara (KPN), Datuk Halimah Sadique berkata, geran fasa kedua itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.6 juta untuk 547 KRT.

"Pemberian geran ini sini sudah dinaikan. Sebelum ini KRT aktif hanya menerima RM6,000 tetapi dinaikkan kepada RM6,500," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media akhbar selepas Majlis Semarak Perpaduan Perkasa Komuniti di Pusat Aktiviti Perpaduan Daerah Kuantan, Permatang Badak di sini malam tadi.

Hadir sama, Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Dalam pada itu, Halimah berkata, sebanyak RM326,398 diperuntukkan kepada Skim Rondaan Sukarela (SRS), Taska Genius Perpaduan dan Tabika Perpaduan bagi operasi pasca koronovirus (Covid-19) untuk membeli kelengkapan membendung Covid-19.

“Ini adalah satu peruntukan yang diberikan kepada seluruh SRS di bawah KRT, Tabika dan taska bagi melengkapkan penyediaan kit peralatan Covid-19, selain penyediaan seperti cecair pembasmi kuman, pelitup muka dan sebagainya,” katanya.

Mengulas mengenai mesyuarat yang diadakan bersama barisan Exco Kerajaan Pahang, Halimah berkata, perbincangan itu membabitkan perancangan kementerian dan semua kerajaan negeri untuk mengadakan sesi konsultasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta serta pemegang taruh kementerian.

Artikel Berkaitan:

Mesyuarat juga katanya mengenai kandungan Pembangunan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025.