Majlis Presiden PN tentukan agihan kerusi PRU15

Tuan Ibrahim ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Negeri Johor di Dewan Jubli Perak, Bandar Baru Uda di sini malam tadi.
Tuan Ibrahim ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Negeri Johor di Dewan Jubli Perak, Bandar Baru Uda di sini malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) akan menentukan keputusan pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, masalah tersebut akan diselesaikan majlis tertinggi itu bersama Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional.

"Secara prinsipnya kita akan kekal di negeri yang didominasikan setiap parti," katanya mengulas kenyataan seorang pemimpin UMNO yang tidak bersetuju jika UMNO menyerahkan Kedah dan Terengganu kepada Pas pada PRU15.

Tuan Ibrahim berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Johor yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin dan Timbalannya, Dr Mohd Mazri Yahya di Dewan Jubli Perak, Bandar Baru Uda di sini malam tadi.

Tuan Ibrahim (kanan) dan Abdullah (kiri) merasmikan simbolik Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Negeri Johor di Dewan Jubli Perak Bandar Baru Uda, Johor Bahru, malam tadi.
Tuan Ibrahim (kanan) dan Abdullah (kiri) merasmikan simbolik Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Negeri Johor di Dewan Jubli Perak Bandar Baru Uda, Johor Bahru, malam tadi.

Pemimpin UMNO itu menganggap parti tersebut masih mempunyai kekuatan di dua negeri berkenaan dan kegagalan pada PRU14 disebabkan pertembungan tiga penjuru.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, perkara itu hanya pandangan peribadi pemimpin UMNO berkenaan dan langsung tidak menjejaskan hubungan antara parti dalam PN.

"Masing-masing boleh memberikan pendapat dan kita tidak boleh disekat. Proses rundingan agihan kerusi akan mengambil masa menerusi perbincangan dalam jawatankuasa yang melibatkan semua parti.

Artikel Berkaitan:

"Rundingan untuk menubuhkan jawatankuasa melibatkan UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilakukan bagi menyelesaikan agihan kerusi di peringkat negeri," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, Pas masih tidak menetapkan jumlahnya sasaran kerusi baharu terutama di Johor, namun yakin menang lebih banyak lagi kerana parti tersebut akan bergabung dengan UMNO dan Bersatu pada PRU15.

Menurutnya, Pas Johor sudah lama bersedia menghadapi PRU15, malah selepas PRU14 semua jentera parti terus bekerja dan mendapat maklum balas yang baik apabila bilangan ahli baharu terus meningkat di negeri itu.

"Anggaran antara 4,000 hingga 5,000 pertambahan ahli baharu di Johor untuk setiap bulan dan negeri lain begitu juga ada peningkatan yang baik," katanya.