Lima mangsa banjir Johor di sebuah PPS

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau keadaan banjir yang semakin surut di Kampung Parit Raja, Muar, semalam.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau keadaan banjir yang semakin surut di Kampung Parit Raja, Muar, semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima mangsa banjir membabitkan dua keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, mangsa banjir dari Parit Keroma Darat itu ditempatkan di sebuah di PPS di Sekolah kebangsaan Parit Keroma Darat.

"Hanya kawasan ini di daerah Muar setakat ini yang masih banjir," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, secara keseluruhan terdapat penurunan jumlah mangsa serta keluarga yang ketara di PPS sejak semalam berikutan banjir semakin pulih.

Bagaimanapun katanya, pemantauan berterusan di kawasan banjir laksanakan jabatan dan agensi penguat kuasa yang berkenaan.

Artikel Berkaitan: