Phahrolrazi dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah

A
A
A

ALOR SETAR - Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baharu.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu itu diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Johari Abdul.

Johari yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah berkata, pelantikan Phahrolrazi mendapat sokongan kesemua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Kedah.

"Kita sepakat menamakan Datuk Phahrolrazi sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah untuk memainkan peranan beliau apabila sidang DUN berjalan nanti.

"Kita yakin Phahrolrazi mampu mengalas tanggungjawab berkenaan dengan baik berdasarkan pengalamannya termasuk sebagai Exco Kedah sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Penubuhan dan Pelancaran Jawatankuasa PH Peringkat Parlimen Kedah di Pejabat Amanah Stargate di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai pembangkang di DUN Kedah, pihaknya tidak mahu berpolitik semata-mata sebaliknya fokus memberi pandangan alternatif untuk bersama-sama membangunkan negeri ini.

Sementara itu, Phahrolrazi berkata, beliau berterima kepada semua pihak atas kepercayaan dan pelantikannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah yang baharu.

Artikel Berkaitan: