Bekalan makanan Aidiladha mencukupi

Che Abdullah (kanan) meneliti kertas cadangan yang dikemukakan kepadanya pada Mesyuarat Agung Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia Cawangan Kelantan kali ke-29 di Kota Bharu.
Che Abdullah (kanan) meneliti kertas cadangan yang dikemukakan kepadanya pada Mesyuarat Agung Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia Cawangan Kelantan kali ke-29 di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan bahawa bekalan makanan sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut pada hujung bulan ini mencukupi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, setakat ini pihak kementerian tidak menerima sebarang rungutan berkaitan masalah bekalan makanan.

“Bekalan makanan mencukupi seluruh Malaysia. Beras, ikan, ayam dan buah-buahan cukup.

“Tidak berbangkit kebimbangan tidak cukup bekalan makanan pada musim perayaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia Cawangan Kelantan kali ke-29 di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini.

Sementara itu, beliau berkata, pihak kementerian akan mengatasi masalah kekosongan jawatan penolong pegawai pertanian di seluruh Malaysia bagi mengoptimumkan prestasi sektor pertanian negara.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 215 kekosongan jawatan penolong pegawai pertanian di seluruh Malaysia.

“Kita akan memberi perhatian kepada perkara ini dan berbincang dengan kementerian untuk mengatasi masalah kekosongan jawatan yang belum diisi,” kata beliau.

Artikel Berkaitan: