Hanya satu PPS di Muar masih dibuka

Anggota APM memantau keadaan banjir yang semakin surut di Kampung Parit Wahid, Muar hari ini.
Anggota APM memantau keadaan banjir yang semakin surut di Kampung Parit Wahid, Muar hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Banjir di Johor hampir pulih sepenuhnya apabila hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Muar yang menempatkan 30 mangsa banjir masih dibuka setakat jam 4 petang ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, setakat petang ini hanya dua kawasan di Muar masih dilanda banjir.

"Seramai 30 mangsa banjir daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma Darat, Muar.

"Mereka merupakan mangsa banjir dari Parit Keroma Darat dan Parit Sakai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 13 mangsa daripada tiga keluarga di Parit Besar, Kampung Parit Amal dan Kampung Parit Amat yang ditempatkan di PPS di SK Parit Raja sebelum ini sudah dibenarkan pulang hari ini.

Artikel Berkaitan: