Syarikat cetak logo Jata Negara dalam kasut mohon maaf

Gambar tular memaparkan logo Jata Negara dicetak di dalam kasut keluaran syarikat Beethree.
Gambar tular memaparkan logo Jata Negara dicetak di dalam kasut keluaran syarikat Beethree.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengeluar kasut jenama Beethree membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mencetak logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluaran syarikatnya.

BeeThree Footwear dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berkata, kesilapan tersebut berlaku berikutan kekurangan pengalaman dalam kalangan pekerja dan pihaknya telah mengarahkan pemberhentian produk tersebut serta-merta.

“Kami dari syarikat BeeThree Footwear ingin membuat permohonan maaf di atas kesilapan syarikat kami yang telah meletakkan logo Jata Negara di bahagian 'insole' seperti yang tular di media sosial hari ini.

“Untuk makluman semua, syarikat kami telah memberhentikan pengeluaran produk yang mempunyai logo insole tersebut sebelum ini.

“Sehubungan itu syarikat kami telah menjelaskan semua salah faham ini kepada pihak berkuasa. Syarikat kami sekali lagi ingin memohon ribuan ampun dan maaf di atas kesilapan tentang perkara ini,” katanya.

Semalam, tular di media sosial gambar memaparkan logo Jata Negara di dalam kasut jenama Beethree yang dikeluarkan oleh syarikat BeeThree Footwear.

Berikutan itu, warganet membidas syarikat pengeluar kasut tersebut kerana disifatkan sebagai tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat di negara ini.

Artikel Berkaitan: