Barcelona akan jadi seperi AC Milan atau MU

Barcelona perlu memperbaiki persembahan untuk memastikan terus menjadi pasukan gergasi dunia.
Barcelona perlu memperbaiki persembahan untuk memastikan terus menjadi pasukan gergasi dunia.
A
A
A

KELAB gergasi Sepanyol, Barcelona berisiko menjadi seperti AC Milan atau Manchester United yang menghadapi kesukaran untuk memenangi trofi-trofi berprestij.

Barcelona ketika ini mempamerkan persembahan buruk selepas tewas kepada Osasuna 1-2 dalam aksi La Liga yang menyaksikan pasukan itu gagal mempertahankan trofi liga musim ini.

Keputusan itu juga meneruskan kegagalan dalam aksi domestik selepas turut gagal meraih trofi Piala Liga disingkirkan oleh Atletic Bilbao di peringkat suku akhir.

Calon Presiden Barcelona, Victor Font melihat kelab Catalan itu akan gagal bersaing dengan pasukan lain dalam jangka masa panjang sekiranya gagal mengubah pasukan dalam beberapa bulan ini.

"Persaingan dalam beberapa tahun kebelakangan ini sudah meningkat dan banyak pasukan sudah menjadi lebih profesional. Anda lihat dalam Liga Perdana Inggeris, kelab dijaga dengan baik dan mereka sanggup berbelanja besar untuk membeli pemain yang bagus.

"Barcelona juga perlu berubah ke arah model yang lebih bagus. Jika tidak, mereka akan menjadi seperti Milan atau United," kata Font yang akan mencabar kerusi presiden Barcelona pada pemilihan tahun depan.

Selain masalah di atas padang, Barcelona juga menghadapi keretakan di dengan Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu dikatakan tidak sebulu dengan beberapa pemain bintang termasuk Lionel Messi.

Kata Font, masalah tersebut akan memberikan masalah besar kepada pasukan jika tidak ditangani dengan betul.

Artikel Berkaitan:

"Dia (Messi) tidak gembira dan keliru apa akan berlaku seterusnya. Dia sebenarnya sangat kecewa selepas persembahan hambar pasukan dan kini tumpuan perlu diberikan kepada Liga Juara-Juara.

"Kami ingin memastikan dia (Messi) memahami jika kami mengendalikan kelab pada pemilihan akan datang, kami akan memastikan dia berada di sini dengan selesa dan dia boleh memenangi beberapa lagi trofi Liga Juara-Juara," katanya.