Bella Astillah selamat lahir anak perempuan

Bella umum kelahiran puteri kesayangannya di Instagram hari ini. - Foto Instagram Bella
Bella umum kelahiran puteri kesayangannya di Instagram hari ini. - Foto Instagram Bella
A
A
A

BELLA Astillah, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz selamat melahirkan anak perempuan hari ini setelah usia kandungan mencecah 40 minggu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Bella memaklumkan, anak kedua dilahirkan sekitar jam 6.10 pagi tadi.

"Syukur Alhamdulillah, Bella dah selamat bersalin. 'Thank you so much' kepada yang sentiasa mendoakan Bella. Yayy, 'it’s our first wefieee'.

"Sampai Hospital tadi 3.30am, 'my baby princess' keluar jam 6.10am, Alhamdulillah (abang dulu 1 jam setengah, adik ni dua jam setengah)," tulisnya.

Sebelum ini, Bella memberitahu dia dijangka melahirkan anak keduanya itu semalam namun masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin meskipun usia kandungan sudah mencecah 40 minggu.

Foto Instagram Bella
Foto Instagram Bella

Dia turut memberitahu, ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ayden Adrean pada 9 Julai lalu, doktor memaklumkan pintu rahimnya sudah terbuka dua sentimeter.

Namun dia belum menunjukkan sebarang tanda untuk melahirkan anak.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Bella turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya.

Menjengah di ruang komen, rata-rata peminat membanjiri ucapan tahniah kepada artis itu dan mendoakan kesejahteraan mereka.