'Bersatu perlu penstrukturan semula di bawah Muhyiddin'

Gambar kecil: Megat Muhammad Faris
Gambar kecil: Megat Muhammad Faris
A
A
A

SEREMBAN - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu menjalani penstrukturan semula bagi memastikan masa depan parti berada dalam keadaan lebih baik, selain mampu membawa ke arah penyatuan.

Ketua Armada Bersatu Cawangan Sirusa Port Dickson, Megat Muhammad Faris Megat Ismail berkata, sebelum ini Bersatu turut terkesan sehingga berlaku perpecahan akibat pertukaran kerajaan dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional.

Katanya, ahli Bersatu kini seakan mempunyai dua blok (penyokong Tun Dr Mahathir Mohammad dan dan Tan Sri Muhyiddin Yasin) yang dilihat tidak mampu menyatupadukan semula penyokong antara dua blok tersebut.

"Inilah masanya untuk kita semua bersatu kembali di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai Presiden Bersatu. Kepada semua ahli Bersatu marilah kita meletakkan permasalahan yang ada ini di bakul sampah dan mengangkat tali penyatuan demi kesejahteraan negara di bawah pimpinan Presiden.

"Saya ingin mengajak kawan-kawan dalam Bersatu, agar mendahulukan agenda parti daripada agenda individu, supaya parti kita kekal menjadi wadah pribumi di Malaysia ini," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, mana-mana ahli yang tidak mampu mengikut agenda parti, mungkin boleh mencari parti lain yang mampu mengikut kehendak atau pun acuan mereka.

Katanya, jangan sesekali jadi 'api dalam sekam' yang memadamkan semangat perpaduan dalam parti ini.

Terdahulu, Muhyiddin menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden.

Artikel Berkaitan: