Operasi cari nelayan hilang ditamatkan: APMM

Operasi SAR nelayan hilang di laut pada Rabu lepas ditamatkan hari ini sehingga menemui petanda baharu.
Operasi SAR nelayan hilang di laut pada Rabu lepas ditamatkan hari ini sehingga menemui petanda baharu.
A
A
A

KUALA KEDAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) setakat ini menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang hilang di laut kira-kira 4.1 batu nautika utara Pulau Payar, Langkawi hingga menemui petanda baharu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pihaknya menamatkan operasi tersebut setelah ia dilaksanakan selama tiga hari di kawasan seluas 396 batu nautika persegi bagaimanapun APMM akan menyambung semula operasi SAR jika menerima sebarang petunjuk baharu berhubung kehilangan nelayan berusia lebih kurang 20 tahun yang belum dikenal pasti identiti itu.

"Operasi SAR mencari mangsa hilang di laut ketika menangkap ikan kira-kira 4.1 batu nautika Pulau Payar ditamatkan, namun akan disambung semula apabila menerima sebarang petanda baharu.

"Sepanjang operasi selama tiga hari, kita menggunakan beberapa aset seperti sebuah bot Kilat milik APMM dan bot Jabatan Perikanan Kedah selain dibantu beberapa bot nelayan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Seorang nelayan hilang di laut ketika menangkap ikan kira-kira 4.1 batu nautika utara Pulau Payar, Langkawi pada 15 Julai lepas.
Seorang nelayan hilang di laut ketika menangkap ikan kira-kira 4.1 batu nautika utara Pulau Payar, Langkawi pada 15 Julai lepas.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang nelayan berusia dalam lingkungan 20an belum dikenalpasti identiti dipercayai terjatuh ketika berada dalam bot pukat tunda bersama seorang tekong dan seorang lagi nelayan dalam kejadian pada Rabu lepas.

Difahamkan, mangsa baru hari pertama bekerja pada 15 Julai lalu bagi menggantikan nelayan yang bercuti.

Dalam perkembangan sama, katanya, komuniti maritim diingatkan sentiasa berwaspada dengan cuaca yang tidak menentu pada masa ini dan keperluan memiliki Personal Locator Beacon (PLB) sebagai alat tambahan ketika berdepan kecemasan di laut.

Artikel Berkaitan:

Sebarang maklumat mengenai kemalangan atau kecemasan di laut boleh hubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.