Bahan toksik dalam lampin bayi

Pengeluar dan peruncit diberi tempoh 15 hari untuk mengeluarkan bahan berbahaya tersebut dari lampin bayi.
Pengeluar dan peruncit diberi tempoh 15 hari untuk mengeluarkan bahan berbahaya tersebut dari lampin bayi.
A
A
A

PARIS - PERANCIS. Pelbagai bahan berpotensi toksik termasuk racun perosak, glyphosate telah ditemui pada lampin bayi di Perancis, menurut kajian diterbitkan agensi alam sekitar ANSES pada Rabu.

"Kajian terhadap lampin tersebut menjumpai beberapa bahan kimia pada paras yang berbahaya," menurut laporan itu lagi.

Bahan itu termasuk butylphenyl methylpropional yang digunakan dalam produk kecantikan, hidrokarbon aromatik tertentu, dan glyphosate yang digunakan secara meluas sebagai penghapus rumpai yang menimbulkan risiko berpotensi.

Kerajaan memaklumkan pengeluar dan peruncit perlu memastikan bahan tersebut dikeluarkan dari lampin bayi tersebut.

"Pihak terbabit perlu bertindak segera dalam tempoh 15 hari," menurut kenyataan bersama Kementerian Kesihatan, Alam Sekitar dan Kewangan.

Glyphosate yang dipasarkan di seluruh dunia akan dihentikan di Perancis dalam tempoh tiga tahun walaupun petani dikecualikan dari larangan tersebut kerana tiada alternatif lain untuk racun perosak. - Reuters

Artikel Berkaitan: