Rasuah: Penolong jurutera MPK direman

Seorang penolong jurutera Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berusia 37 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini untuk prosedur reman bagi membantu siasatan kes rasuah.
Seorang penolong jurutera Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berusia 37 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini untuk prosedur reman bagi membantu siasatan kes rasuah.
A
A
A

KUANTAN - Seorang penolong jurutera Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan ubah suai rumah.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret di Mahkamah Majistret Kuantan, Nor Izzati Zakaria selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, lelaki tersebut ditahan di Pejabat SPRM Pahang kira-kira jam 8.45 malam selepas hadir memberi keterangan.

Hasil siasatan awal mendapati suspek dikatakan menerima sejumlah wang rasuah bagi mempercepatkan kelulusan pengubahsuaian rumah di sekitar Kuantan, Pahang.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: