Banjir di Johor: 71 mangsa berada di dua PPS

Pemantauan banjir dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Muar, Johor.
Pemantauan banjir dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Muar, Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun kepada 71 orang daripada 16 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, berikutan banjir semakin surut, banjir di negeri ini melibatkan mangsa-mangsa di daerah Muar sahaja.

"Seramai 58 mangsa melibatkan 13 keluarga dari Parit Keroma Darat dan Parit Sakai, mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah kebangsaan (SK) Parit Keroma Darat.

"Selebihnya iaitu 13 mangsa daripada tiga keluarga di Parit Besar, Kampung Parit Amal dan Kampung Parit Amat, mereka ditempatkan di PPS di SK Parit Raja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, semua 27 mangsa daripada empat keluarga di Kampung Tanjung Gading Barat, Tangkak yang ditempatkan di PPS di SK Tanjung Gading 5 sudah dibenarkan pulang semalam.

Beliau berkata, secara keseluruhan terdapat penurunan data mangsa serta keluarga di PPS di Johor dan keadaan paras air di beberapa kawasan yang dinaiki air mulai surut secara perlahan.

Katanya, pemantauan berterusan di kawasan berisiko banjir laksanakan jabatan dan agensi penguat kuasa yang berkenaan.

Sementara pengurusan pusat-pusat pemindahan dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Artikel Berkaitan: