MB minta rakyat patuh SOP, kekalkan sifar Covid-19 di Pahang

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengingatkan rakyat di negeri ini supaya terus kekal mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam usaha menyekat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menerusi pematuhan itu sahaja dapat membantu mengekalkan status sifar wabak berkenaan.

"Alhamdulillah, Pahang berjaya mengekalkan status kes sifar wabak pandemik Covid-19 bagi tempoh 33 hari berturut-turut sehingga semalam (16 Julai).

"Kes terakhir yang dilaporkan di Pahang ialah pada 13 Jun lalu dengan keseluruhannya Pahang merekodkan 365 kes positif wabak itu," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 358 kes sembuh dan tujuh kes kematian.

"Kes aktif dan kes baharu wabak pandemik ini tiada, harap kita kekal dengan cara ini," katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy mahu semua premis perlu mematuhi SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi kerajaan seperti yang dipaparkan di laman sesawang MKN (www.mkn.gov.my) serta portal Kerajaan Negeri Pahang (www.pahang.gov.my).

Menurutnya, semua premis perniagaan, fasiliti awam dan pelanggan diwajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera atau PahangGo untuk daftar pergerakan serta semakan kendiri status risiko dan kesihatan.

Artikel Berkaitan: