Pemancing di Sungai Lembing positif malaria knowlesi

Dr Sha’ari Ngadiman
Dr Sha’ari Ngadiman
A
A
A

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengesahkan tiga pemancing positif malaria knowlesi mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAA) di sini, semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, ketiga-tiga mereka dirujuk ke HTAA dan dipercayai menjalani aktiviti memancing di Sungai Lembing.

“Ada tiga orang yang mendapatkan rawatan dan kes ini adalah malaria knowlesi iaitu malaria berkaitan jangkitan haiwan. Pegawai kita sudah ditugaskan ke Sungai Lembing untuk membuat siasatan.

No Image Caption

“Malaria ini tidak merebak antara manusia ke manusia. Tetapi ini dijangkiti daripada haiwan kepada manusia. Kita tidak tahu dalam hutan mana-mana haiwan yang dijangkiti malaria. Haiwan yang ada atau pembawa malaria tersebut, ia tidak kena penyakit itu. Ia tiada apa.

“Tapi nyamuk yang membawa penyakit itu kepada manusia akan menyebabkan manusia rasa demam dan sebagainya. Ia tidak dijangkiti daripada manusia ke manusia lain. Haiwan apa kita tidak tahu. Mungkin monyet dan mungkin juga haiwan lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mesej yang tular di aplikasi WhatsApp mengatakan empat daripada lima pemancing didapati positif malaria selepas memancing di Sungai Lembing.

Artikel Berkaitan: