Kerajaan tidak sepatut terlibat dalam perniagaan: Tun M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninjau Dash Resort Langkawi sempena perasmian resort berkenaan hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninjau Dash Resort Langkawi sempena perasmian resort berkenaan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan tetapi menyerahkannya kepada sektor swasta.

“Sektor swasta mempunyai idea untuk menjana wang dan mereka berhati-hati dengan wang mereka. Kerajaan tidak mempunyai bantahan kerana 26 peratus daripada apa yang anda buat (sektor swasta) adalah milik kita dan ini adalah perniagaan yang baik,” katanya yang merujuk kepada cukai yang dikutip kerajaan daripada sektor swasta.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Dash Resort, sebuah resort antarabangsa baharu di Pantai Tengah di sini, hari ini.

Dr Mahathir juga memuji kejayaan pengurusan syarikat Dash Resort, Ri-Yaz Hotels and Resorts kerana dapat menukarkan bangunan yang dahulunya pejabat kerajaan menjadi tempat penginapan yang menarik dan dan bertaraf tinggi.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Yaz, Datuk Seri Mohammed Shaheen Shah Mohd Sidek berkata, mereka yakin ini akan menjadi tambahan kepada apa yang ditawarkan di Langkawi dan pastinya akan meningkatkan jumlah pelancong di pulau ini .
Artikel Berkaitan:


“Kami berbangga dapat memberikan pengalaman positif kepada pelawat yang berkunjung ke pulau ini,” katanya. - Bernama