X

Kindly register in order to view this article
!

NUTP harap KPM sediakan peruntukan khas

Buat masa ini pihak sekolah berdepan sedikit masalah dalam menyediakan keperluan cecair pembasmi kuman tangan. - Foto 123RF. Gambar kecil: Aminuddin Awang
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan peruntukan khas kepada pihak sekolah bagi memastikan usaha mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19) dapat ditangani secara bersama.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, buat masa ini pihak sekolah berdepan sedikit masalah dalam menyediakan keperluan cecair pembasmi kuman tangan.

“Untuk cecair pembasmi kuman tangan ini, kita masih belum mendapat sebarang peruntukan. Jadi, pihak sekolah terpaksa mencari inisiatif sendiri menyediakan kemudahan tersebut untuk digunakan pelajar di sekolah.

“Jika Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah yang mempunyai dana, mungkin perkara ini tidak akan menjadi masalah. Bagaimanapun, ia akan memberi sedikit kekangan kepada pihak sekolah yang lain,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Aminuddin berkata, pihak sekolah juga sudah sedia maklum berhubung prosedur operasi standard (SOP) berhubung pemakaian pelitup muka malah KPM juga telah menyediakan peruntukan bagi menyediakan alat penyukat suhu badan kepada semua sekolah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!