Hasanuddin, Ketua Polis Kedah baharu

Hasanuddin
Hasanuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu dengan memangku pangkat Komisioner Polis, berkuat kuasa 17 Ogos depan.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, Hasanuddin adalah antara tujuh pegawai kanan yang terlibat dalam pertukaran dan kenaikan pangkat yang berkuat kuasa pada hari berkenaan.

Beliau berkata, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Pulau Pinang, Asisten Komisioner (ACP) Rahimi Ra'ais bertukar jawatan sebagai Ketua JSJ Pulau Pinang yang baharu dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal Operasi, Jabatan Logistik Dan Teknologi, Bukit Aman, Asisten Komisioner Ahmad Subri Ahmad bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Maklumat Sumber Manusia) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Pegawai Turus Telekomunikasi (Operasi), Unit Telekomunikasi Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Supt Ismail Rajab pula dilantik sebagai Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Asmawati berkata, Superintendan (Supt) (D10) Pengurusan Kualiti dan Akreditasi, JSJ Bukit Aman, Supt Nor Azman Mohd Noor bertukar jawatan kepada Ketua Polis Daerah Kota Setar, Kedah dengan memangku pangkat ACP.

Supt (D9) Risikan/Operasi JSJ Bukit Aman, Supt Mohamad Razali Taib, bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah (D14) Pegawasan/Tahanan JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Supt (D4) Central Intelligence Unit (CIU) JSJ Bukit Aman, Supt Noor Dellhan Yahaya bertukar jawatan sebagai ACP (D4) Central Intelligence Unit (CIU) JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP. - Bernama

Artikel Berkaitan: