11 warga asing ditahan tipu pelaburan dalam talian

Nik Ezanee Mohd Faisal
Nik Ezanee Mohd Faisal
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menumpaskan sindiket pelaburan online dengan tertangkapnya 11 lelaki warga asing dalam serbuan berasingan di Bandar Sri Damansara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan pada jam 12.30 tengah hari itu melibatkan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan kerjasama Bukit Aman yang bertindak menyerbu dua buah rumah di kawasan berkenaan.

"Seramai 11 suspek warga asing berusia lingkungan 21 hingga 43 tahun telah diberkas.

"Polis merampas 52 telefon bimbit, dua pen drive serta empat komputer riba disyaki diguna untuk kegiatan penipuan pelaburan online," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket dipercayai telah beroperasi sejak Februari lalu dengan menggunakan laman web Vip.9199299.com.

Katanya, pihaknya percaya sindiket mampu mengaut untung sebanyak RM45,000 sehari dengan bayaran gaji seorang pekerja sebanyak RM12,500.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan sekiranya suspek terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan online yang lain.

"Kesemua suspek direman empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: