Mujur jiran pantas bertindak

Budak dua tahun berpaut di lantai balkoni sebelum terjatuh sebelum berjaya diselamatkan oleh Li.
Budak dua tahun berpaut di lantai balkoni sebelum terjatuh sebelum berjaya diselamatkan oleh Li.
A
A
A

XUYI - Tindakan pantas jiran meletakkan selimut di atas kanopi kaca berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak berusia dua tahun yang terjatuh dari tingkat lima sebuah blok pangsapuri daerah Xuyi, China.

Kanak-kanak lelaki itu hilang keseimbangan selepas tangannya berpaut pada lantai balkoni menempatkan pendingin hawa, lapor The Sun.

Kejadian berdurasi 34 saat itu sempat dirakam oleh jiran berhampiran rumahnya.

Difahamkan, kanak-kanak itu dikatakan bersendirian di rumah dan berada dalam bilik tidur.

Dia yang menggunakan kerusi untuk keluar melalui tingkap bilik itu sempat berpaut pada lantai balkoni unit pendingin hawa sebelum terjatuh.

Jirannya, Li Dehai telah mengambil langkah awal dengan meletakkan selimut di atas kanopi kaca bagi mengelakkan kecederaan yang serius.

Menurut Li, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius, manakala Li hanya mengalami lebam di tangan sebaik menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan, Biro Keselamatan Awam Daerah Xuyi memuji tindakan Li kerana berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Artikel Berkaitan: