Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

kekal
kekal
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.72 seliter dan RM2.02 seliter untuk tempoh seminggu bermula dari tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga runcit diesel juga kekal pada RM1.87 seliter.

Harga ditentukan berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: