X

Kindly register in order to view this article
!

Kejam! Ekor kucing dipotong

Paparan Facebook Hani Suliana yang tular di laman sosial.
A
A

HULU SELANGOR - Kekejaman terhadap haiwan terus berlaku dan terbaharu seekor kucing dipercayai diseksa setelah ekornya dikerat dan hidung dipotong oleh individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Hani Suliana, menunjukkan kucing jantan diberi nama Tam sudah tidak pulang ke rumah sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun sebaik pulang pada Rabu, haiwan itu dalam keadaan lemah dan ekornya telah terkulai.

Simpati melihat keadaan haiwan disifatkan paling bijak dan menjadi kesayangan keluarga, bapa Hani terpaksa membuang ekor berikutan luka telah berulat kemudian dibawa ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut.

"Ayah saya putuskan ekor kerana kesian, sukar nak bergerak dan pagi semalam saya dah pun bawa ke klinik untuk dapatkan rawatan.

"Tam kini berada di di klinik selama tiga hari untuk jalani pembedahan bagi merawat luka pada ekor yang sudah berulat.

"Doktor juga beritahu mungkin kepalanya bengkak dipercayai dipukul. Hidung dia yang lembut tu macam kena potong," tulisnya yang menarik perhatian umum.

Menurutnya, tidak menyangka status mengenai Tam tular dan menjadi bualan netizen kerana niatnya sekadar mahu memberi kesedaran kepada mereka yang menzalimi haiwan.

"Saya nak biar semua manusia di luar sana yang zalim tu buka mata. Peritnya binatang bila diseksa!

"Saya hanya menjalankan kewajipan sebagai pemilik kucing dan berharap individu itu sedar perbuatannya," katanya.

Menjengah di ruang komen, rata-rata netizen mengutuk perbuatan si pelaku selain turut mendoakan agar kucing itu terus dilindungi.

"Siapa punya kerja ni, geramnya, manusia sekarang tak ada hati perut," kata Lily.

Menurut Ida Zam, "Aduiii... Ya ALLAH, kesiannya kucing tu, moga manusia tu dapat balasan."

Kata Nurul Nun, meskipun kucing itu mengganggu kawasan persekitaran rumah, ia boleh dibawa berbincang dengan pemiliknya bukan menyeksa.

"Kalau betul kucing ni mengganggu rumah sesiapa. Agaklah nak buat seperti itu. Boleh jumpa dengan pemiliknya. Bukan seksa kucing hingga terputus ekor.

"Semoga pelaku terima balasan setimpalnya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!