Tergamak tekan perut isteri sarat mengandung dengan lutut

Lelaki yang bekerja sebagai penjaga stor akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. - Foto 123RF
Lelaki yang bekerja sebagai penjaga stor akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. - Foto 123RF
A
A
A

GOMBAK - Hanya kerana perselisihan faham berkaitan hal keluarga, seorang lelaki tergamak menekan perut isterinya yang sedang sarat menggunakan lutut dalam kejadian di Bandar Country Homes Rawang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Terawe berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi di rumah pasangan berkenaan, mangsa berusia 29 tahun yang sedang duduk di atas katil secara tiba-tiba telah ditumbuk di kepala oleh suaminya itu.

“Selepas mangsa terbaring, suaminya telah menekan perut mangsa dengan menggunakan lutut.

“Mangsa yang sedang sarat mengandung 29 minggu telah mendapatkan rawatan di hospital dan dilaporkan stabil sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, Arifai berkata, polis menahan lelaki berusia 26 tahun kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

"Lelaki yang bekerja sebagai penjaga stor akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan polis kira-kira jam 11.15 pagi tadi kerana menumbuk muka seorang lelaki berusia 26 tahun.

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai bertindak menumbuk muka serta mengeluarkan kata berbaur ugutan terhadap lelaki itu di hadapan sebuah rumah di Taman Selayang Jaya, Batu Caves.

Artikel Berkaitan:

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.