Warganegara asing puji khidmat petugas barisan hadapan negara

Paparan Facebook Paul Penders yang menarik perhatian ramai.
Paparan Facebook Paul Penders yang menarik perhatian ramai.
A
A
A

LANGKAWI - Seorang warganegara asing memuji perkhidmatan dan petugas barisan hadapan semasa dia menerima rawatan di sebuah hospital di sini.

Berkongsi pengalaman itu, Paul Penders berkata, dia dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke wad selama seminggu kerana mengalami sakit saraf.

Katanya, semua petugas perubatan bersikap profesional serta melayan dengan begitu baik meskipun dirinya warganegara asing.

"Saya telah dilayan dengan baik dan diberi penuh perhatian secara profesional.

"Saya mendapat semua ubat yang diperlukan termasuk rawatan morfin dan diabetes. Makanannya sedap. Kakitangan di sini bertugas tanpa henti dan saya menerima bekalan ubat yang banyak selepas dibenarkan pulang ke rumah," tulisnya di akaun Facebook miliknya sebelum tular di laman sosial.

Paul juga memberitahu, harga yang dikenakan untuk rawatan di hospital itu berjumlah RM2,000 dan ternyata ia sangat berbaloi.

Malah dia turut memperingatkan orang ramai agar berhenti merungut dan bersikap negatif terhadap kemudahan di hospital kerana di Langkawi mempunyai hospital yang hebat.

"Saya berasa hormat dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua doktor dan jururawat yang cukup dedikasi. Terima kasih," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, perkongsian tersebut menarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang turut mengucapkan tahniah kepada petugas kesihatan di Hospital Langkawi yang memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira latar belakang pesakit sehingga mengangkat nama baik Kementerian Kesihatan Malaysia.