Tanah runtuh di Jalan Gombak Lama

Laluan di Jalan Gombak Lama menghala ke Genting Highlands runtuh hari ini. Foto: Bomba Selangor
Laluan di Jalan Gombak Lama menghala ke Genting Highlands runtuh hari ini. Foto: Bomba Selangor
A
A
A

GOMBAK - Cerun bukit berketinggian lebih lima meter di Jalan Gombak Lama menghala ke Genting Highlands di sini, runtuh menyebabkan jalan itu terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.19 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi.

“Kita turut mendapat bantuan daripada anggota polis, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat tanah runtuh di cerun bukit di laluan terbabit pada ketinggian lebih lima meter. Bagaimanapun, runtuhan itu tidak membabitkan sebarang struktur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laluan tersebut bagaimanapun dibuka semula pada jam 3 petang selepas proses pembersihan selesai.

Artikel Berkaitan: