Sang bedal 'berjemur' di tebing Sungai Selangor

Video buaya berjemur di tebing Sungai Selangor di Kampung Kuantan di sini tular di Facebook hari ini.
Video buaya berjemur di tebing Sungai Selangor di Kampung Kuantan di sini tular di Facebook hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Video seekor buaya tembaga 'berjemur' di tebing Sungai Selangor di Kampung Kuantan di sini tular di Facebook hari ini.

Video berdurasi 4.48 saat itu disedari dua pemancing wanita menaiki bot fiber yang memancing udang di sungai terbabit.

Status dan gambar yang dimuat naik itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali Facebook lain.

Seorang pengendali Facebook memaklumkan, kawasan Sungai itu memang diketahui ada buaya sejak dari dulu lagi.

"Memang daripada arwah ayah memancing sejak 20 tahun lalu sudah ada buaya, cuma buaya tidak ganggu manusia," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, penemuan buaya bukanlah perkara luar biasa memandangkan sungai berkenaan menjadi habitat reptilia berkenaan.

"Kami akan menyiasat berhubung perkara ini kerana jajaran Sungai Selangor itu memang ada buaya.

"Perhilitan telah pasang papan tanda di sekitar Jeti Long Sahar," katanya.

Artikel Berkaitan: