X

Kindly register in order to view this article
!

Usaha bantu mualaf perlu dipertingkat: Mustapha

Mustapha (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama ahli-ahli MACMA Kelantan di sini semalam.
A
A

KOTA BHARU - Usaha bagi membantu mualaf memajukan ekonomi perlu dipertingkatkan agar golongan itu tidak terpinggir selepas memeluk agama Islam.

Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican berkata, kerajaan dengan kerjasama NGO perlu berganding bahu membantu golongan itu bukan sahaja dari aspek ekonomi malah kebajikan agar nasib keluarga mereka terbela.

"Saya menerima banyak respons daripada NGO- NGO yang aktif membantu golongan mualaf berkenaan isu bantuan disalurkan kepada golongan itu.

"Rata-rata mereka mahukan idea cara untuk memajukan kumpulan ini dan saya yakin kerajaan boleh bekerjasama untuk sama-sama bantu dalam hal ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Johari (kanan) menunjukkan sesuatu di dalam buku yang dihadiahkan kepada Mustapha di sini semalam.
Johari (kanan) menunjukkan sesuatu di dalam buku yang dihadiahkan kepada Mustapha di sini semalam.

Terdahulu, Mustapha melakukan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan, Dr Johari Yap di pejabat MACMA Kelantan di Taman Maju di sini semalam.

Beliau turut meluangkan masa berbual dengan ahli-ahli MACMA Kelantan yang turut hadir pada pertemuan tersebut.

Mengulas lanjut, Mustapha yang juga Penasihat NGO-NGO Malaysia berkata, pembimbing terdiri daripada ustaz dan ustazah perlu dilahirkan dalam kumpulan mualaf bagi membantu rakan-rakan mahupun keluarga mereka untuk mendalami ilmu agama Islam.

"Memang sekarang pun kita ada kelas dengan beberapa pihak dan agensi, namun bagi saya pembimbing dari kumpulan itu sendiri amat penting bagi memastikan mereka tidak tersasar.

"Kadang-kadang mereka lebih selesa belajar dengan rakan-rakan mereka, maka kita kena lahirkan seorang yang arif mengenai Islam dalam kalangan mereka itu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!