Gangguan bekalan air sementara di Klang

Beberapa kawasan di Pulau Indang bakal berdepan gangguan bekalan air sementara hingga jam 9 malam ini berikutan insiden paip pecah di tapak projek pembinaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Indah semalam. - Foto 123RF
Beberapa kawasan di Pulau Indang bakal berdepan gangguan bekalan air sementara hingga jam 9 malam ini berikutan insiden paip pecah di tapak projek pembinaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Indah semalam. - Foto 123RF
A
A
A

KLANG - Pengguna di beberapa kawasan sekitar Pulau Indah di sini bakal berdepan gangguan bekalan air sementara hingga jam 9 malam ini berikutan insiden paip pecah di tapak projek pembinaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Indah semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, kawasan terlibat termasuk Kampung Pulau Indah, Taman Armada Putra, Taman Laguna Park, Glenn Cruise, Pulau Indah Industri Fasa 1 dan 2.

Menurutnya, paip terbabit pecah pada jam 11.45 malam tadi disebabkan oleh pihak ketiga dan kerja-kerja pembaikan paip pecah giat dijalankan Air Selangor.

“Air Selangor menjangkakan kerja pembaikan ini akan siap dilaksanakan pada jam 3 petang ini dan bekalan air akan pulih sepenuhnya di kawasan terlibat malam ini.

“Air Selangor sudah menggerakkan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori tangki ke kawasan terlibat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna disaran untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk informasi terkini bekalan air.

Pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.

Artikel Berkaitan: