Peguam rugi wang RM4,000 lesap dalam kereta

Mangsa seorang peguam mengalami kerugian RM4,000 selepas beg yang diletakkan di bonet belakang keretanya dilarikan suspek dalam kejadian di Bandar Puteri Puchong pada Isnin lalu. Foto: Facebook
Mangsa seorang peguam mengalami kerugian RM4,000 selepas beg yang diletakkan di bonet belakang keretanya dilarikan suspek dalam kejadian di Bandar Puteri Puchong pada Isnin lalu. Foto: Facebook
A
A
A

SERDANG - Seorang lelaki berputih mata apabila beg berisi wang tunai RM4,000 yang diletakkan di dalam bonet belakang keretanya dilarikan penjenayah dalam kejadian di Bandar Puteri Puchong, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu mangsa seorang peguam sedang berada di dalam keretanya di tempat parkir.

"Kemudian datang seorang suspek lelaki bertindak membuka bonet belakang kereta mangsa sebelum melarikan satu beg berisi wang tunai RM4,000 serta dokumen.

"Orang awam yang melihat kejadian cuba membantu namun gagal. Mangsa yang berusia lingkungan 50-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismadi berkata, siasatan masih dijalankan untuk memburu suspek terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 14 saat memaparkan kejadian itu tular di Facebook hari ini. Perkongsian berkenaan telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Artikel Berkaitan: