Mohd Zakaria dilantik Panglima Medan Timur Tentera Darat baharu

Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jen Datuk Mohd Zakaria Yadi pada Perbarisan Serah Terima Tugas PMTTD di Padang Kawad Kem Muara Tuang hari ini. - Foto Bernama
Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jen Datuk Mohd Zakaria Yadi pada Perbarisan Serah Terima Tugas PMTTD di Padang Kawad Kem Muara Tuang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA SAMARAHAN - Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi hari ini secara rasmi menerima tugas sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat yang baharu.

Beliau menggantikan Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-28, berkuat kuasa pada 11 Jun lepas.

Perbarisan bersempena penyerahan tongkat kuasa di antara Mohd Zakaria dan pemangku Panglima Medan Timur Tentera Darat Mejar Jeneral. Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berlangsung di Kem Muara Tuang di sini hari ini.

Dilahirkan pada 17 Jun 1963 di Ipoh, Perak, Mohd Zakaria memulakan karier ketenteraannya sebagai pegawai kadet di Sekolah Pegawai Kadet, Kem Segenting di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1 Julai 1981 sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 9 Jun 1983.

Sepanjang 37 tahun perkhidmatan, Mohd Zakaria menyandang pelbagai jawatan penting dalam pasukan Tentera Darat Malaysia sebelum dilantik Ketua Staf Markas Tentera Darat berpangkalan di Kuala Lumpur.

Beliau dilantik menerajui Medan Timur Tentera Darat pada 10 Julai lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: