X

Kindly register in order to view this article
!

Penolong jurutera direman bantu siasatan salah guna kuasa

Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan SPRM.
A
A

KUANTAN - Seorang penolong jurutera pihak berkuasa tempatan (PBT) direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rendah Kuantan, Norita Mohd Noh pagi tadi bermula hari ini sehingga 22 Julai nanti.

Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang pada jam 6.15 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Dia disyaki menggunakan jawatannya bagi mengurangkan kadar bayaran rebat atas penama dengan beliau mempunyai kepentingan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!