Pelajar protes rakan ditahan kerana gagal buat kerja sekolah

Pelajar protes rakan ditahan di pusat juvana kerana gagal buat kerja sekolah. -Foto Reuters
Pelajar protes rakan ditahan di pusat juvana kerana gagal buat kerja sekolah. -Foto Reuters
A
A
A

PONTIAC - Ratusan pelajar melakukan tunjuk perasaan meminta pembebasan rakan sekelas yang ditahan di pusat tahanan juvana dua bulan lalu kerana gagal membuat kerja sekolah semasa pembelajaran dalam talian di Pontiac, Michigan, Oakland semalam.

Grace, 15, mengalami sindrom kurang daya tumpuan mudah terganggu ketika belajar di rumah dan jauh ketinggalan dalam sesi pembelajaran dalam talian, lapor Reuters.

Hakim Mahkamah Michigan, Mary Ellen membuat keputusan menghantar Grace ke pusat tahanan juvana pada Mei lalu atas kesalahan tidak membuat kerja sekolah.

Petang Khamis, para penunjuk perasaan berarak dari Sekolah Tinggi Groves di bandar Beverley Hills ke Mahkamah Oakland County dan pejabat pendakwa raya sambil memegang kadbod, tertera 'Free Grace'.

Pelajar yang terlibat demonstrasi itu memberitahu prestasi akademik Grace tidak bagus kerana negara ini menghadapi wabak koronavirus.

Ramai yang ketinggalan pembelajaran pada semester ini kerana tidak mempunyai motivasi selain para guru tidak mengajar dan mereka perlu belajar secara dalam talian.

"Saya kenal ramai pelajar yang tidak membuat kerja rumah mereka," kata Prudence Canter, 18.

Guru, Geoff Wickersham, berkata, hukuman itu tidak adil buat pelajar.

Artikel Berkaitan:

Semasa penunjuk perasaan berlangsung, para pelajar juga memberi sokongan kepada Grace dengan mengangkat tangan ketika ditanya sama ada pernah gagal menyerahkan tugasan atau tidak.