AirAsia tawar harga tiket promosi kepada Bung Moktar

Kenyataan Bung Moktar di Twitternya berkenaan tambang penerbangan yang didakwa mahal.
Kenyataan Bung Moktar di Twitternya berkenaan tambang penerbangan yang didakwa mahal.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd menawarkan harga tambang promosi jauh lebih murah kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Tawaran itu berlangsung selepas Bung Mokhtar menulis satu kenyataannya di Twitter dengan nada keluhan apabila mendapati harga tiket sehala syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) bagi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Kinabalu mencecah RM4,499.32.

"Saya tahu semua syarikat mengalami kerugian semasa Covid-19 melanda seluruh dunia, termasuk British Airline nak bankrap, Virgin Air Australia, Ravneir Air, namun ada lah tidak masuk akal jualan tiket MAS KL to KK 'one way' sahaja harga macam tak boleh caya," katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menyertakan tangkapan skrin menunjukkan harga tambang penerbangan sehala terbabit.

Bagaimanapun tidak berapa lama kemudian, AirAsia dalam balasan kepada ciapan Bung Moktar menawarkan tambang dengan harga jauh lebih murah.

"Dear YB, Kami dengan berbesar hati mahu mempersilakan YB terbang sama kami, tiada cas.

"Ps: Promosi kami untuk penerbangan ke Sabah cuma RM299 saja one way berserta tanda senyum," tulis pihak AirAsia.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta syarikat penerbangan menyelaraskan harga tiket ke paras normal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan:

Katanya, kini tiada lagi alasan untuk syarikat penerbangan menawarkan harga tiket yang tidak munasabah kerana kerajaan sudah membenarkan jumlah penumpang pada kapasiti penuh.

ARTIKEL BERKAITAN Syarikat penerbangan diminta turunkan harga tambang