'Pertama kali aku jual barang dengan ikan haruan'

Roob terkejut kanak-kanak lelaki bawa empat ikan haruan untuk ditukarkan dengan rob pemancingnya yang telah patah. - Foto Twitter Roob Ganesan
Roob terkejut kanak-kanak lelaki bawa empat ikan haruan untuk ditukarkan dengan rob pemancingnya yang telah patah. - Foto Twitter Roob Ganesan
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Duit tak ada dia cakap, dia cakap haruan ada la. Pertama kali aku jual barang dengan ikan haruan," demikian kata seorang pengusaha Drave Fishing Sdn Bhd, Roob Ganesan selepas bertemu seorang kanak-kanak lelaki di kedainya.

Ciapan di Twitter Roob menarik perhatian netizen apabila dia memberitahu, seorang kanak-kanak lelaki mengunjungi kedainya untuk membeli rod pancing baharu bagi menggantikan rod pancingnya yang patah bagaimanapun kanak-kanak itu tidak memiliki wang tetapi menawarkan empat ekor ikan haruan dalam tong cat sebagai pertukaran dengan rod pancing.

Katanya sebelum kejadian, dia dihubungi pekerja memaklumkan ada seorang kanak-kanak mencarinya di kedai.

"Habis lunch tadi, staff call. 'Boss, ada budak nie cari boss'. Jem kejap, siapa pula cari aku ni. Sampai pejabat, ada budak-budak ni nak beli rod, rod lama dia patah.

"Duit tak de dia cakap, dia cakap haruan dia ada la. Pertama kali aku jual barang dengan ikan haruan. Tengok dalam tong, ada empat ekor haruan comel comel. Hahahahahaha...," ciapnya yang kemudian tular di laman sosial.

Menurutnya, meskipun pertama kali berhadapan dengan pelanggan sedemikian namun Roob berbangga dengan kejujuran dan kegigihan kanak-kanak itu lalu memberikannya rod secara percuma.

"Tapi pasal dia tak mencuri dan dia bekerja untuk mendapatkan haruan. Aku beri je," ciapnya lagi.

Kisah penuh inspirasi itu menarik lebih 8,601 tanda suka dan hampir 7000 ulang kongsi daripada netizen.

Artikel Berkaitan:

Kata @ali, "Budak-budak ni bagus. Terima kasih tolong mereka. Semoga murah rezeki".

Ujar @mando, "Kesungguhan dan jujur itu ada dalam diri budak lelaki. Semoga berjaya".