Kes Covid-19 di Brazil kini melepasi 2 juta

Pertambahan 45,403 kes baharu Covid-19 di Brazil dalam tempoh 24 jam. Foto: 123RF
Pertambahan 45,403 kes baharu Covid-19 di Brazil dalam tempoh 24 jam. Foto: 123RF
A
A
A

BEIJING - Brazil pada Khamis melaporkan lebih dua juta kes koronavirus (Covid-19), pertambahan 45,403 kes baharu dalam tempoh 24 jam dengan jumlah keseluruhan kini mencecah 2,012,151, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, 1,322 kematian baharu turut dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 76,688.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) menghampiri setengah juta kes baharu setiap minggu, menurut laporan The Covid-19 Tracking Project pada Khamis.

Pada minggu ini sahaja kira-kira 435,000 rakyat Amerika didiagnosis dengan virus itu, minggu keempat peningkatan yang tinggi dalam jumlah kes baharu.

Sementara itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS mengumumkan Perintah Larangan Pelayaran untuk kapal persiaran dilanjutkan hingga 30 September.

Perintah itu melarang operasi kapal persiaran yang membawa sekurang-kurangnya 250 penumpang di perairan di bawah bidang kuasa AS.

Pada Khamis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut mengeluarkan Pelan Tindak Balas Kemanusiaan Global Covid-19 yang sudah dikemas kini, menyaksikan AS$10.3 bilion diperlukan untuk membantu negara-negara mundur dalam menangani wabak maut itu.

Setiausaha Rendah untuk Hal Ehwal Kemanusiaan PBB Mark Lowcock yang melancarkan pelan baharu itu, merayu negara-negara kaya membantu dengan menghulurkan lebih banyak sumbangan.

Artikel Berkaitan:

Gabenor New York Andrew Cuomo berkata, "ketidakmampuan" kerajaan persekutuan dalam menguruskan krisis Covid-19 menyebabkan New York juga gagal, negeri itu yang pertama menjadi pusat penularan wabak di AS.

Di Israel jumlah kes aktif meningkat kepada 25,305 pada Khamis, tertinggi sejak wabak wabak mula menular pada akhir Februari.

Sementara itu, jumlah kes meningkat menjadi 46,059 penambahan sebanyak 1,871 kes baharu, kenaikan harian kedua tertinggi sejak wabak mula dikesan. - Bernama