Real Madrid takluk La Liga

Real meraikan kejuaraan menjulang trofi La Liga.
Real meraikan kejuaraan menjulang trofi La Liga.
A
A
A

PASUKAN gergasi Sepanyol, Real Madrid mengesahkan kejuaraan La Liga buat kali ke-34 selepas menewaskan Villarreal 2-1 di Estadio Alfredo Di Stefano, awal pagi tadi.

Pengendali Real, Zinedine Zidane menyifatkan kejayaan tersebut adalah paling bermakna dalam karier profesionalnya, malah jauh lebih bernilai daripada menjulang trofi Liga Juara-Juara.

Real memenangi 10 perlawanan berturut-turut selepas La Liga menyambung semula saingan akibat pandemik Covid-19 dan menjadi trofi pertama yang dimenangi kelab itu selepas Zidane kembali menjawat jawatan pengendali pasukan pada Mac tahun lalu.

"Kami memenangi liga kerana kami memperolehi mata terbanyak.Ia semudah itu.Hari ini adalah salah satu hari terbaik bagi saya sebagai seorang jurulatih profesional dan setelah semua yang berlaku dan tempoh rehat tiga bulan, ia sangat luar biasa.

"Sudah semestinya ia pelik bagi semua orang (meraikan kejuaraan tanpa penonton). Semoga kami dapat,meraikannya lagi selepas segalanya kembali pulih.Ini adalah untuk penyokong," katanya.

Legenda Perancis itu telah memenangi 11 trofi bersama Real dan pernah membawa Los Blancos menjulang trofi Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut pada 2015 sehingga 2018, namun menyifatkan kejayaan merangkul trofi La Liga tahun ini memberikan makna yang berbeza buat dirinya.

"Liga Juara-Juara adalah berbeza. Liga Sepanyol memerlukan fokus yang lebih kerana kita perlu bermain sebanyak 38 perlawanan. Selepas 38 perlawanan tersebut anda mempunyai mata yang lebih banyak daripada pasukan lain. Ia sangat hebat.

"Saya mempunyai tanggungjawab sebagai pengendali pasukan. Saya percaya pemain juga mempunyai tanggungjawab mereka sendiri. Pemain yang kurang diturunkan juga memainkan peranan.

Artikel Berkaitan:

"Mereka memberikan yang terbaik semasa diturunkan. Jadi semua mereka berhak dengan kejuaraan ini. Perkara tersebut menjadi kekuatan untuk kami beraksi lebih baik dan mencipta kejutan," katanya.