Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Urus niaga ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini sejajar dengan peningkatan harga minyak. Foto: 123RF
Urus niaga ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini sejajar dengan peningkatan harga minyak. Foto: 123RF
A
A
A

URUS niaga ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini sejajar dengan peningkatan harga minyak.

Ini selepas peserta pasaran mengambil kira keputusan OPEC untuk menurunkan pengurangan kos bagi memberinya ruang bergerak sekiranya berlaku gelombang kedua koronavirus (Covid-9) yang mungkin menjurus kepada perintah sekatan pergerakan, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga berkata, sekiranya berlaku gelombang kedua, ia akan terus menekan permintaan minyak mentah dan ini pastinya akan menjejaskan ekonomi global dan pasaran mata wang.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan naik kepada 4.2650/2710 berbanding dolar AS daripada 4.2680/2730 ketika ditutup semalam.

Mata wang dolar AS lemah meskipun perbelanjaan meningkat. Ini ialah kerana situasi pasaran tenaga kerja negara itu masih lagi tidak menentu.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia pula yakin ekonomi tempatan akan kembali melantun dengan kukuh pada separuh kedua 2020 dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi, sementara agensi-agensi antarabangsa mengunjurkan keluaran dalam negara kasar negara akan mengembang antara 6.3 peratus hingga 7.5 peratus tahun hadapan.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0637/0691 daripada 3.0626/0666 dan merosot kepada 5.3577/3657 daripada 5.3435/3519 berbanding pound Britain.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, berbanding yen, unit tempatan mengukuh kepada 3.9759/9827 daripada 3.9828/9882 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8544/8625 daripada 4.8570/8640. - Bernama