Tiket percuma Melaka Wonderland untuk 'frontliners'

Taman Tema Air Melaka Wonderland Theme Park and Resort menawarkan tiket masuk percuma kepada barisan hadapan bermula hari ini.
Taman Tema Air Melaka Wonderland Theme Park and Resort menawarkan tiket masuk percuma kepada barisan hadapan bermula hari ini.
A
A
A

MELAKA - Taman Tema Air Melaka Wonderland Theme Park and Resort menawarkan tiket masuk percuma kepada kumpulan barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini sebagai menghargai pengorbanan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Seow Cheng Swee berkata, pas percuma itu diberikan kepada wira negara pelbagai pangkat termasuk petugas media bermula hari ini hingga Ahad ini.

"Kita mengambil inisiatif memberikan pas percuma selama tiga hari bermula hari ini yang merupakan hari pembukaan taman tema air itu hingga 19 Julai ini bagi menghargai barisan hadapan yang bertungkus-lumus membantu negara menangani Covid-19.

"Pengunjung tidak perlu bimbang kerana kita tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya walaupun tiket masuk pada pembukaan semula habis dijual, namun petugas barisan hadapan masih diberi peluang untuk mengunjungi taman teman berkenaan.

"Petugas terbabit hanya perlu menunjukkan kad perakuan kakitangan jabatan masing-masing bagi menikmati tawaran percuma itu.

"Usaha yang kami lakukan cara tidak langsung dapat merancakkan sektor pelancongan dan menarik pelancong ke Melaka," katanya.

Artikel Berkaitan: