Jue Aziz akui sudah bercerai

A
A

PELAKON Jue Aziz mendedahkan dia kini kembali hidup single setelah berpisah dengan suaminya yang juga merupakan seorang pemuzik dari Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel.

Bagaimanapun Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz ini sebagaimana dipetik sebuah akhbar tidak berhasrat untuk berkongsi butiran lanjut berhubung penceraiannnya itu.

Kata Jue, proses perceraiannya dan suami berjalan lancar dan masing-masing memahami keputusan itu dilakukan untuk kebaikan kedua-sua pihak.

“Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun.

“Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang,” katanya sebagaimana yang dilaporkan.

Jue dan Bayu mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2014 dan tidak dikurniakan cahay mata. Bagaimanapun, pasangan ini mempunyai seorang anak angkat, Darwish Naufal, 5.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia