X

Kindly register in order to view this article
!

Penggodam Rusia didakwa cuba curi data vaksin

Sasaran kumpulan penggodam APT29 setakat ini melibatkan organisasi penyelidikan dan pembangunan vaksin UK, AS dan Kanada. - Foto AFP
A
A

LONDON - Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSC) United Kingdom (UK) hari ini menuduh sebuah kumpulan penggodam yang disokong oleh Rusia cuba mencuri penyelidikan mengenai vaksin koronavirus (Covid-19).

Menurut NCSC, serangan kumpulan APT29 sedang berlangsung tetapi sasarannya setakat ini melibatkan organisasi penyelidikan dan pembangunan vaksin UK, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

"Penilaian NCSC mendapati APT29 yang juga dinamakan Dukes or Cozy Bear hampir pasti beroperasi sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Perisikan Rusia," katanya yang turut memberitahu AS dan Kanada juga berkongsi pandangan sama.

Tambahnya, kumpulan tersebut menggunakan pelbagai alat dan teknik termasuk penipuan komunikasi dan penggunaan malware.

"Kerajaan, diplomatik, badan pemikir dan kumpulan penjagaan kesihatan dan tenaga adalah sasaran utama dalam usaha mencuri harta intelek yang berharga. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus