X

Kindly register in order to view this article
!

Dua maut pesawat tentera terhempas

Dua helikopter penyerang AH-64E Apache buatan AS melepaskan suar semasa latihan ketenteraan tahunan Han Kuang di Taichung hari ini.
A
A

TAIPEI - Dua anak kapal terbunuh dalam nahas helikopter terhempas ketika latihan ketenteraan tahunan di Taiwan hari ini.

Angkatan tentera itu dalam kenyataan berkata, helikopter Bell 0H-58D terhempas ketika kembali ke pangkalan udara Hsinchu dari latihan tersebut lalu mengorbankan juruterbang serta pembantunya.

Kemuncak latihan selama lima hari itu bertujuan untuk menguji ketahanan angkatan bersenjata Taiwan dalam menghadapi pencerobohan dari negara jirannya, China.

Simulasi utama itu juga menyaksikan jet pejuang Taiwan, kapal perang dan tentera darat menghalang percubaan musuh untuk mendarat di pantai dekat pusat bandar Taichung dalam operasi yang melibatkan kira-kira 8,000 anggota perkhidmatan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus