Bayi dijangkiti Covid-19 ketika dalam kandungan

Kajian sebelum ini mendakwa terdapat kemungkinan penyebaran virus daripada ibu kepada fetus. Gambar Hiasan.
Kajian sebelum ini mendakwa terdapat kemungkinan penyebaran virus daripada ibu kepada fetus. Gambar Hiasan.
A
A
A

PARIS - Doktor di Perancis mengesahkan kes jangkitan pertama melibatkan bayi baru lahir yang dijangkiti koronavirus (Covid-19) ketika berada dalam kandungan ibunya.

Bayi lelaki yang dilahirkan pada Mac lalu itu mengalami pembengkakan otak dan sistem neurologi yang dikaitkan dengan gejala dialami orang dewasa namun disahkan telah pulih.

Kajian sebelum ini mendakwa terdapat kemungkinan penyebaran virus daripada ibu kepada fetus, namun keputusan penyelidikan diterbitkan menerusi jurnal Nature Communications kelmarin menunjukkan bukti kukuh pertama tentang perkara terbabit.

"Penyebaran daripada ibu kepada fetus melalui plasenta berkemungkinan berlaku pada minggu akhir kehamilan," kata penulis kanan, Dr Daniele De Luca di Antoine Beclere Hospital berhampiran Paris.

Minggu lalu, penyelidik di Itali mendakwa data melibatkan 31 wanita hamil yang dimasukkan ke hospital dan dijangkiti Covid-19 jelas menunjukkan virus tersebut berpotensi disebarkan kepada bayi ketika ia masih berada dalam kandungan.

Pada Mac lalu, kajian Journal of the American Medical Association (JAMA) turut melaporkan perkara sama.

"Beberapa prosedur termasuk analisis darah ibu, cecair amniotik dan plasenta perlu dilakukan namun untuk mendapatkan kesemua sampel itu bukan perkara mudah terutamanya ketika musim pandemik ini," ujarnya.

Difahamkan, De Luca bersama pasukannya mengumpulkan data tersebut berdasarkan kes wanita hamil berusia dalam lingkungan 20-an yang dimasukkan ke hospital pada awal Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Menurut keputusan kajian mereka, kesemua sumber berpotensi dan perumah virus itu tetap diambil kira memandangkan bayi tersebut dilahirkan melalui pembedahan. - AFP