Jari tangan tersepit spring tilam

Jari kanak-kanak lelaki tersepit pada spring tilam di Taman Mutiara, Kulim hari ini.
Jari kanak-kanak lelaki tersepit pada spring tilam di Taman Mutiara, Kulim hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki menanggung kesakitan lebih 30 minit apabila jari tangan kanannya tersepit pada spring tilam di sebuah rumah di Taman Mutiara, Kulim di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kedah), Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan khidmat khas jari tersepit pada jam 5.32 petang.

Menurutnya, seramai empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Setiba di tempat kejadian kira-kira jam 5.45 petang, bomba mendapati jari tangan seorang kanak-kanak P Gabriel Raj,10, tersepit pada spring tilam.

"Susulan itu, pasukan bomba diketuai pegawai operasi,Pegawai Bomba Zamri Junus bertindak mengeluarkan jari mangsa menggunakan peralatan 'bolt Cutter'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat kira-kira 23 minit kemudian.

Artikel Berkaitan: