X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas maut kereta bertembung lori muatan simen

Keadaan kenderaan dipandu mangsa yang remuk dalam kejadian di kilometer 33, Kampung Kolam, Kuala Berang, di sini, malam tadi. - Foto Ihsan IPDM Hulu Terengganu
A
A

HULU TERENGGANU – Seorang warga emas maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan simen dalam kejadian kemalangan di Kilometer 33, Kampung Kolam, Kuala Berang, di sini malam tadi.

Ketika kejadian pada jam 12.10 tengah malam itu, mangsa, Abdullah Daud, 67, yang beralamat di Bukit Jetit Kampung Tasek, Pulau Kerengga, Marang maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian mangsa yang tidak mempunyai lesen memandu itu dari arah Ajil menghala ke Bukit Besi.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, mangsa meninggal dunia. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu manakala pemandu lori berusia 32 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!