X

Kindly register in order to view this article
!

Umat Islam dilarang merokok, minum arak di mana sahaja

Datuk Mohammed Khusrin Munawi
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam dilarang merokok termasuk menggunakan rokok elektronik (vape) dan minum arak di semua lokasi walaupun kerajaan negeri Selangor menguatkuasakan larangan bagi perbuatan tersebut di taman awam sahaja.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, merokok haram seperti ditetapkan dalam Fatwa Tentang Merokok yang diwartakan pada 7 Disember 1995.

Menurutnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor turut memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik atau vape haram pada 19 Januari 2016.

“Walaupun kerajaan negeri menguatkuasakan larangan bagi perbuatan tersebut di taman awam sahaja namun MAIS menegaskan bahawa umat Islam dilarang melakukan perbuatan tersebut di mana jua mereka berada,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau berkata. MAIS memandang positif usaha kerajaan negeri menguatkuasakan larangan berkenaan

Untuk rekod, Fatwa Tentang Merokok diwartakan sebelum ini jelas menerangkan merokok haram dan bagi mana-mana orang Islam.

Rokok dalam fatwa berkenaan merujuk kepada tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Larangan arak, rokok dan vape di taman permainan

Selasa lalu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han memaklumkan kerajaan negeri meluluskan untuk menambah aktiviti meminum arak dan merokok termasuk vape di bawah senarai kesalahan di Undang-Undang Kecil (UUK) Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

Menerusi undang-undang tersebut, orang ramai terutama pengunjung di taman-taman permainan dan rekreasi bakal dikenakan kompaun sehingga RM1,000 sekiranya didapati merokok, vape dan meminum arak di kawasan tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!