Tiga premis judi haram kena serbu

Antara barang yang dirampas semasa serbuan Ops Dadu.
Antara barang yang dirampas semasa serbuan Ops Dadu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Tiga premis yang dipercayai menjalankan kegiatan judi loteri awam haram dan perjudian dalam talian diserbu dalam Ops Dadu, semalam

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, serbuan yang dilakukan bermula jam 3 petang itu hasil risikan sejak seminggu lalu.

Menurutnya, dua serbuan dilakukan di Kepala Batas manakala sebuah premis lagi dikesan di Sungai Dua.

"Serbuan berkenaan membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia di antara 21 hingga 52 tahun dan merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk menjalankan kegiatan itu selain wang tunai berjumlah RM977.

"Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noorzainy berkata, kes berkenaan disiasat di mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Sek 4(1) (c) akta yang sama.

Katanya, orang awam juga diharap dapat menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan itu.

Artikel Berkaitan: